Friday, May 17, 2013

Puding roti - resepi yang mudah dan sedap

assalamualaikum ! 

hai hai, ;)

tetiba plak harini teringat puding roti yang saya buat haritu masa balik kampung .. mula memang xtahu langsung nak buat cemana, tetiba ja mama saya request suh buat puding roti sebelum dia balik dari keja. oo.. mentang mentang orang kat rumah .
disebabkan saya xtahu cemana nk membuat beliau, saya suruh la mama yang carik resepi nya. dengan hanya memetik butang butang di komputer, semuanya tersedia ;)
*maaf xtahu dari website mana yang diambil, terlupa tanya*

nak balikkkk T-T

hokey, saya tahu ada yang dah pandai ada yang nak merangkak n maybe ada yang xtahu wujudnya sejenis makanan bernama puding roti .. saya pun baru mengetahuinya baru baru ini ~.~

lets check it outttt .. 

bahan-bahan 

roti ( 4 keping ) *
susu cair 1 tin (saya guna susu sejat ideal ) *
susu pekat 1/2 tin * (kalau nak manis tambah la lagi)
telur ayam 2 biji *
garam secukup rasa (secubit pun da cukup ) *
agar - agar (yang mcm plastik tu, tah apa orang panggil,muka dia camni
gula secukup rasa (ikut selera masing masing)
nescafe / milo

perkakasan 

periuk sederhana
periuk pengukus
blender
loyang ( ikut minat masing-masing)










lets rock the dapur :)

mula mula  masak agar agar (yang mcam dalam gambar) dengan gula  di dalam periuk sederhana (buat mcm nak buat agar -agar biasa)
tunggu sampai agar-agar larut.
sementara tu ambik blender, campak semua bahan yang bertanda * di atas tu kedalamnya dan blend sampai sebati :)
tengok agar agar yang dimasak tu kalau dah betul betul larut masukkan bahan-bahan yang diblender tadi kedalamnya.
kacau sehingga cukup mendidih dengan api kecik.
setelah masak dengan elok, masukkan agar-agar yang dah dimasak tu kedalam loyang kesukaan anda.
nanti dulu , jangan tuang sampai habis.
tinggalkan sedikit di dalam periuk. ini untuk dibuat lapisan berperisa di lapisan atas puding
campurkan milo/nescafe atau apa apa sahaja perisa kesukaan anda ke dalam lebihan agar-agar yang dimasak tadi dan kacau sehingga sebati (kuantiti mengikut minat masing masing)
selepas itu, tuangkannya dengan berhati hati di atas agar-agar di dalam loyang. (bagi jadi layer)
so, korang boleh start kukus selama 30 minit.
lastly, tunggu sampai puding tersebut keras dan menjadi seperti sebuah puding.

kalau xnak kukus pn xjadi masalah, boleh ja biar puding tersebut keras (atau masukkan dalam peti sejuk). kukus tu cuma nak jadikan lebih dan betul-betul masak.


yang ni tidak dikukus dan hanya menggunakan bekas plastik (disejukkan)
*gambar ihsan dari google, maaf tuan empunya gambar, saya meminjam sebentar *
terlupa nak ambik gambar saya punya puding haritu T.T *lain sedikit rupanya sebab dalam loyang*

sooo... amacam? senang x?
errr..
okay, nampak mcm complicated disebabkan instruction saya bagi tu xberapa best kot , 
amati instruction tu betul betul, maaf sekali lagi sebab xberapa nak gheti menulis resepi. tsskktskkk .
try dulu, memang sedap ;)

secretrecipenote : roti tu jangan letak banyak banyak, 4 pun dah cukup kalau untuk satu periuk sederhana, takut nanti jadi keras sangat kalau banyak. 
kalau dilihat saya menggunakan perkataan agar agar dan puding berselang seli, sama ja tu, haha, jgn konfius .. lastly, kalau xfaham kindly ask me okayh ;)







No comments:

Post a Comment